Lelaki lakukan perbuatan khianat ditahan polis

Seorang lelaki ditahan kerana melakukan khianat dengan membakar pondok kecil di belakang kedai makan di Taman Seri Astana, Sungai Petani, dekat sini, pada Isnin.
Seorang lelaki ditahan kerana melakukan khianat dengan membakar pondok kecil di belakang kedai makan di Taman Seri Astana, Sungai Petani, dekat sini, pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati melakukan khianat di tepi jalan Seri Astana, Sungai Petani, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Zaidy Che Hassan berkata, suspek yang ditahan berusia 54 tahun dan beralamat Sungai Petani.

Menurut beliau, suspek ditahan selepas polis menerima laporan tentang seorang lelaki mengamuk di hadapan sebuah kedai makan Taman Seri Astana,dekat sini, lebih kurang jam 10.20 pagi.

“Lelaki terbabit dikatakan mengamuk sambil memegang parang dan seterusnya bertindak membakar pondok kecil di belakang kedai makan diusahakan bersama bekas isterinya.

“Malah, suspek dipercayai turut bertindak memecahkan cermin kereta jenis Naza Ria milik orang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, beliau memberitahu, suspek yang tidak bekerja dan memiliki 12 rekod kesalahan lampau termasuklah lapan berkaitan jenayah ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati punca suspek mengamuk adalah disebabkan mempunyai masalah rumah tangan dengan isterinya dan isterinya telah bertindak keluar dari rumah.

Beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.